Memaparkan catatan dengan label Penyakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyakit. Papar semua catatan

Selasa, 16 November 2010

Kanser Lidah

KANSER LIDAH PEROKOK LEBIH BERISIKO

Kanser lidah adalah sejenis kanser yang bukannya jarang berlaku dalam praktis Otorinolarigologi. Golongan yang berusia antara 50 hingga 70 tahun kerap dtemui menghidapi kanser lidah. Suatu masa dahulu ia kerap terjadi pada golongan lelaki, mungkin berkait dengan tabiat merokok dan pengambilan alkohol. Walau bagaimanapun, tidak kurang kesnya dijumpai di kalangan wanita atau pesakit yang berusia lebih muda.

FAKTOR PENYEBAB

Disebabkan lidah adalah komponen utama yang terdpt dalam rongga mulut, fakto-faktor yang menyebabkan berlakunya kanser lidah juga ada persamaan dengan punca yang dikaitkan dengan kanser lain seperti bibir, pipi, lelangit, gusi dan lantai mulut.

MEROKOK:-

Risiko kanser rongga mulut secara amnya meningkat enam kali ganda di kalangan perokok jika dibandingakan dengan mereka yang tidak merokok. Selain itu, merokok juga sememangnya dikenal pasti menjadi faktor utama kes-kes kanser peti suara, paru-paru dan banyak lagi organ lain di dalam badan.

ALKOHOL:-

Selepas rokok, pengambilan alkohol adalah antara faktor boleh ubah yang dikenal pasti meningkatkan risiko mendapat kanser rongga mulut. kombinasi antara merokok dan mengambil alkohol akan memberikan kesan sinergi yang menambahkan lagi kemungkinan mendapat kanser.

MENGUNYAH TEMBAKAU:-

Amalan ini menjadi kelaziman bagi sesetengah etnik atau bangsa. Tembakau dikunyah dan dikemam di dalam bahagian rongga mulut.

MASALAH GIGI:-

Penjagaan gigi yang tidak bersih, wujudnya bahagian gigi yang tajam serta gigi palsu yang tidak dipadankan dengan baik akan menyebabkan iritasi berterusan dan berpanjangan terhadap struktur-struktur di sekitarnya termasuklah lidah. Umpamanya, lidah yang selalu tercedera baik akibat gigi yang tajam atau gigi palsu yang tidak sesuai mungkin meningkatkan risiko ketumbuhan yang berbahaya.

FAKTOR LAIN:-

Masalah kekurangan zat seperti diet yang kekurangan sesetengah vitamin adalah antara kebarangkalian yang dikaji boleh meningkatkan risiko kanser. Selain itu, anemia kekurangan zat besi seperti dalam kes Sindrom Plummer-Vinson juga dikaitkan dengan kejadian kanser rongga mulut dan hipofarinks.

Kanser lidah juga boleh muncul daripada kesan keadaan leukoplakia pada lidah, ulser yang kronik atau keadaan pramalignan lidah yang lain. Kebanyakan keadaan pra-malignan yang terdapat pada lidah juga disebabkan oleh faktor yang sama, iaitu merokok.

PENYEBARAN

Majoriti kanser lidah ialah dari jenis karsinoma sela skuama, yang merupakan jenis kanser yang paling kerap menyerang mana-mana lokasi dalam bahagian kepala dan leher. Pada lidah itu sendiri, bahagian yang paling kerap ialah pada bahagian tepi kanan dan kiri lidah (85%). Kadang-kadang ia boleh ditemui di hujung paling hadapan (tip) atau permukaan atas (dorsium) serta permukaan bawah lidah (ventral).

Lidah adalah antara organ yang cepat merebak jika kanser bermula darinya. Penyebaran boleh berlaku ke lapisan otot yang merupakan komponen utama lidah itu sendiri, juga tidak kurang penyebarannya melibatkan struktur di sebelahnya seperti lantai mulut, gusi dan tulang rahang bawah. Disebabkan lidah adalah suatu struktur di tengah rongga mulut, ia boleh dan mudah merebakkan sel kanser ke kelenjar-kelenjar limfa di leher, baik sebelah sahaja atau kedua-dua belah leher.

TANDA DAN GEJALA

Pesakit yang menghidapi kanser lidah biasanya datang berjumpa doktor dengan tanda seperti ketumbuhan atau benjolan pada permukaan lidah, ulser atau luka pada lidah yang berpanjangan tempohnya atau rasa keras seperti ketulan yang berada di bawah permukaan lidah. Apabila ketumbuhan semakin membesar, gejala seperti sakit, sukar menelan, sakit telinga dan bau nafas yang kurang menyenangkan akan timbul. Pergerakan lidah juga mungkin terbatas disebabkan oleh sebahagian daripada ketumbuhan tersebut telah merebak ke lantai mulut dan menyebabkan ia menjadi melekat.

RAWATAN



Setelah mengambil contoh tisu kanser tersebut melalui biopsi tisu, penyiasatan radiologi seperti imbasan CT atau MRI diperlukan untuk menilai dan menentukan peringkat kanser tersebut. Ini penting kerana tahap yang berbeza mempunyai pendekatan dan hasil yang berbeza selepas rawatan. Ujian-ujian tambahan juga mungkin diperlukan bergantung kepada bentuk rawatan yang akan dijalankan. Kanser pada peringkat awal boleh dirawat dengan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut. Kaedah meletakkan impan yang mengeluarkan radiasi (intersititial radiotherapy) juga diaplikasikan bagi sesetengah pesakit yang bersesuaian. Kanser yang agak besar saiznya pula mungkin memerlukan pembedahan yang lebih besar terhadap lidah dan leher. Biasanya bagi pembedahan yang agak besar, akan disusuli proses rekonstruktur iaitu membiak pulih struktur yang tertinggal dengan kaedah-kaedah yang sesuai (biasanya dilakukan oleh pakar bedah plastik dan rekonstruktur). Selain itu, rawatan kemoterapi, radioterapi atau kombinasi yang sesuai dengan keaadan tahap pesakit mungkin diperlukan bagi memastikan keseluruhan sel-sel kanser itu dihapuskan dari badan pesakit.

Ahad, 31 Oktober 2010

Arthritis -Jejas Organ Utama

Penyakit arthritis ini bukanlah bersifat setempat atau pada bahagian sendi semata-mata, sebaliknya boleh menyebabkan kerosakan organ penting badan selain boleh dihidapi oleh kanak-kanak.

 Secara umumnya, arthritis merujuk radang sendi. Malah ada lebih 100 penyakit rheumatik dan lain-lain keadaan yang menyebabkan rasa sakit, kejang dan bengkak pada sendi.
  
Arthritis turut memberi kesan kepada sistem otot dan tulang (musculoskeletal), terutama sendi yang bertindak menyambung antara dua tulang dan diikat oleh ligamen. Fungsi sendi ini dibantu rawan yang menutup permukaan tulang bagi mengelak pergeseran.

Itulah keadaannya bagi insan yang normal. Malangnya, bagi persakit arthritis, sendi mereka menjadi tidak normal yang mungkin berpunca daripada rawan terkoyak, masalah jangkitan atau penyakit auto imun (tubuh menyerang sel tubuh) atau kombinasi pelbagai faktor.

Kebanyakkan jenis arthritis, ia diklasfikasikan sebagai sistemik bermaksud memberi kesan kepada seluruh tubuh. Arthritis juga boleh menyebabkan kerosakan pada organ atau sistem tubuh termasuk jantung, paru-paru, ginjal, salur darah juga kulit. Sementara keadaan lain berkaitan dengan arthritis umumnya menjejaskan otot dan tulang.

Walaupun arthritis lebih banyak ditemui di kalangan mereka berusia namun, ia boleh terjadi pada kanak-kanak. Bagaimanpun arthritis pada kanak-kanak kerap kalinya dianggap sebagai masalah kesakitan yang biasa atau disebabkan kecederaan bersukan.
 Bagaimanapun, bagi ibubapa yang peka pada perkembangan anaknya mereka pasti berupaya mengesan perubahan anak menerusi sendi yang bengkak, demam atau ruam yang tidak dapat dipastikan. Arthritis di kalangan kanak-kanak dikenali  sebagai juvenile arthritis. Kanak-kanak sebenarnya boleh berhadapan dengan jenis-jenis arthritis yang menyerang orang dewasa namun mereka lebih kerap dikesan dengan juvenile rheumatoid arthritis.

 Sebahagian arthritis boleh dirawat misalnya gout manakala yang lain boleh dielakkan. Perlu diingat, kualiti hidup tidak terjejas walaupun berhadapan dengan arthritis sekiranya mendapatkan rawatan dan menguruskannya dengan baik.

ARTHRITIS PALING BIASA DITEMUI
1. Osteoarthritis (OA) - Jenis arthritis paling lazim. Di rantau ini OA menjejaskan kualiti hidup mereka antara 10 ke 20 peratus penduduk. Malah di Malaysia, OA yang kerap dikesan adalah OA pada lutut. Umumnya OA disebabkan rawan tidak lagi elastik menyebabkan ia mudah rosak. Apabila ia koyak, tendon dan ligamen pula meregang ia akan menyebabkan kesakitan. Tulang akan bergeser antara satu sama lain menyebabkan rasa sakit.

2. Rheamatoid Arthritis (RA) - Masalah radang yang menyaksikan membran synoval (tisu lembut dalam lutut) terjejas yang menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Tanpa rawatan, ia akan menyebabkan kecacatan. RA lebih kerap ditemui pada perempuan berbanding lelaki dan menyerang pesakit berusia 40 tahun ke atas.

3. Infectious Artihritis (Sepic arthritic) - Berlakunya jangkitan pada cecair synoval dan tisu pada sendi yang berpunca daripada bakteria. Ada kalanya disebabkan oleh kulat dan virus. Bakteria, kulat dan virus merebak melalui salur darah daripada tisu yang terjejas dan menjangkiti sendi.

 4. Gout - Masalah yang berpunca daripada pengumpulan kristal pada sendi. Kristal daripada asid urik ini terbentuk hasil daripada pecahan bahan-bahan dalam tubuh yang lazim. Penbumpulan asik urik ini dalam sendi menyebabkan gout (gouty arthritis). Biasanya sendi yang kerap terjejas dengan gout adalah ibu jari kaki dan lutut.

5. Pseudogout Arthritis - Jenis arthritis yang sama dengan gout tetapi puncanya berbeza. Pseudogout arthritis berlaku kerana pengumpulan lebihan kalsium dalam sendi dan kerap ditemui pada sendi lutut.