Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Ahad, 2 Januari 2011

Kerabu Mangga

1 biji buah mangga (dihiris nipis dan dicincang)
4 tangkai cili padi (dihiris kecil)
10 biji buah gajus
1 sudu udang kering
50 gram lobak merah (dihiris halus)
2 biji limau nipis
2 sudu besar kicap Thai
Garan dan gula secukupnya


Cara membuatnya:-

Campurkan kesemua bahan di atas di dalam mangkuk besar. Kemudian, gaul sampai sebati. Selepas itu taburkan garam, gula, kicap Thai serta perahan limau nipis ke dalamnya. Kacau lagi dan sedia untuk dihidangkan.

Restauran Tanjung Seafood Ampang Waterfront 2...Majalah Wanita

Jumaat, 5 November 2010

Resipi: Ayam Chestnut

300 gm (dipotong kecil & dibersihkan)
1 tangkai daun bawang
1 genggam cili padi
1 genggam gajus
1 biji lobak merah (dipotong nipis)
200 gm cendawam hitam
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
½ cawan air masak
Gula & garam secukup rasa

1. Panaskan minyak bijan & tumis bawang besar, sos tiram, sos cili & sos tomato.
2. Biarkan sampai mendidih selama lebih kurang sepuluh minit.
3. Selepas itu, masukkan ayam & kacau hingga masak.
4. Kemudian, campurkan daun bawang, cili padi, gajus, lobak merah, & cendawan hitam.
5. Biarkan selama 5 minit sebelum diangkat.