"wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia."
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Khamis, 4 November 2010
Hilangkan Kutu Kepala
Masalah kutu kepala kerap menyerang kanak-kanak. Atasinya dengan mengambil sedikit sabun mandi dan lenyek bersama sedikit minyak masak. Ratakan pada seluruh rambut dan bungkus rambut menggunakan tuala. Biarkan semalaman. Keesokan paginya, cuci rambut menggunakan syampu.
Hilangkan Hanyir Daging
Bagi mengatasi bau hanyir pada daging, amalkan membasuh air basuhan beras. Biarkan hingga warna daging menjadi sedikit putih. Bau daging dan lendir daging juga akan hilang.
Lada Sulah Hindari Lalat
Bagi menghindari lalat daripada menghurung makanan, taburkan lada sulah di atas tudung saji atau bekas penutup makanan. Dengan cara ini, lalat tidak lagi mengganggu. Selamat mencuba.
Santan Tahan Lama
Untuk memastikan santan tahan lebih lama simpan santan di dalam bekas dan masukkan sedikit garam ke dalam santan tersebut. tutup rapat dan simpankannya di ruang pembeku. Santan tersebut boleh bertahan untuk beberapa hari
Langgan:
Catatan (Atom)