Setiap perhubungan ada turun dan naiknya, ia perkara biasa sama ada buat pasangan yang masih bercinta mahupun sudah mendirikan rumah tangga. Iyalah kalau dah dua insan berbeza pendirian dan pandangan hidup bersama pastinya mencari titik persamaan tidak semudah membalikkan telapak tangan.
Tentu ada saja yang pertentangan pendapat dan konflik mewarnai kehidupan. Namun ada yang mengatakan inilah perkara yang menjadi pengerat perhubungan dan menjadilan kita lebih memahami pasangan. Sebabnya dalam setiap konflik yang terjadi anda tentu mendapat pengajarannya.
Apa pun jika pertikaian itu terlalu kerap berlaku hingga perkara yang kecil pun boleh menyebabkan konflik yang besar maka kita perlu melakukan sesuatu. Apatah lagi kita sudah mula berasa bosan dengan keadaan tersebut. Ini bermakna sudah tiba masa kita membersihkan perhubungan. Kita harus mengenali sifat-sifat negatif yang ada pada diri sama ada secara sedar atau tidak dan memperbetulkannya sebelum terlewat.
Ia bagi memastikan perkara tersebut tidak berkembang dan menjadi faktor yang boleh mencetuskan perpisahan. Langkah berikut mungkin dapat membantu kita membersihkan hal-hal megatif dalam perhubungan kita.
1. BOHONG
Sewaktu pasangan kita mengajak menikmati makan malam di restoran mamak yang menjadi kesukaannya, kita mengikut saja kemahuannya walaupun kita sebenarnya tidak langsung menyukai hidangan tersebut. Ketika suami dan isteri bertanya pandangan, kita berlakon "Emm sedap juga makan di sana". Padahal dalam hati kita berharap si dia tidak akan mengajak lagi ke restoran tersebut.
Biarpun perkara ini nampak remeh namun perlu diketahui, bahawa pembohongan sebegini secara terus menerus ibarat satu bom jangka dalam perhubungan. Perkara ini awalnya mungkin berlaku kepada hal kecil seperti tempat makan kemudian melibatkan pula hal besar dalam perhubungan.
Pembohongan seperti ini harus dibersihkan dengan kejujuran. Mungkin pada awalnya kita menuruti permintaan si dia kerana tidak tergamak menolak. Tapi kalau selalu menutupi satu pembohongan dengan pembohongan lain, ia akan lebih menyusahkan kita.
Jangan takut untuk mengatakan apa yang sebenarnya ada rasai. Biar dia tahu bagaimana anda sebenarnya. Mana tahu dia lebih menghargai pendapat dan kejujuran kita, dan dari situ kita dan pasangan mulai belajar untuk berkompromi satu sama lain.
2. EGOIS
Dalam sesebuah perhubungan sering kali kita sukar untuk menahan diri dari bersikap tidak egois. Ia sesuatu yang lumrah. Setiap insan pasti berharap keinginannya dituruti sekalipun perkara yang kecil. Tapi jangan sesekali kita hanya terus menuntut kehendak kita dituruti saja tanpa ada timbal balik.
Hal inilah yang perlu dikikis dalam perhubungan. Caranya adalah setiap kali kita mau memenangkan diri, cubalah untuk meletakkan diri kita di tempat pasangan ataupun belajar berempati.
3. CURIGA
Seorang rakan wanita suami kita menghubungi telefon bimbitnya, kita yang melihat nama wanita tertera mula memandang semacam. Selesai bercakap melalui telefon kita terus saja bertanya soalan bertalu-talu kepada suami. Begitu jua ketika dia ingin bertemu dengan rakan-rakan lama, kita sibuk mahu mengikutnya. Selain itu kita diam-diam kita juga menyiasat aktiviti pasangan kerana perasaan curiga.
Tapi bila terbukti pasangan setia kita tetap berterusan berasa curiga. Kadang-kadang perasaan sebegini hanya membuatkan pasangan mahu melakukan seperti yang kita fikirkan. Boleh jadi dia berfikir, kerana kita sudah selalu mencurigainya maka apa salahnya jika dia benar-benar berlaku curang. Maka berikan kepercayaan kita pada pasangan. Bersihkan fikiran kita dari hal-hal negatif ini.
4. POSESIF
Salan sebulan, kita mungkin menperuntukkan banyak belanja untuk menghubungi pasangan ataupun mengirim SMS kepadanya. Ada juga yang menghubungi pasangan hampir setengah jam sekali untuk bertanya khabar dan apa yang dilakukan ketika itu. Tidak setakat itu kita juga tahu apa jadual harianya baik di pejabat atau di rumah.
Kita begitu posesif dengan diri pasangan. Pada kita tiada orang lain yang boleh masuk ke dalam kehidupan pasangan kita selain diri kita.
Walaupun satu-satunya pasangan itu sudah berkahwin namun masing-masing masih mempunyai kehidupan mereka sendiri. Perkahwinan bukan bererti kehidupan sosial kita sudah berakhir. Benarkan pasangan melalui kehidupannya selain dari dunia bersama kita selagi ia tidak melampaui batasnya.
Adalah lebih membahagiakan seseorang jika hubungan dengan teman, keluarga dan pasangannya berjalan seiring. Tiada alasan untuk terlalu posesif. Ingat kata-kata "cinta itu bagaikan butiran pasir, semakin digenggam, semakin banyak yang jatuh".
5. PERASAAN TIDAK PUAS
Manusia memang tidah pernah puas, diberi betis dimintanya peha. Begitu juga saat kita sudah memiliki pasangan. Meski sudah memiliki pasangan yang tampan atau cantik tak mustahil ada yang melirik kepada orang lain.
Sekadar melirik atau memerhati saja mungkin tidak mengapa tapi kalau sudah mengeluarkan bahasa-bahasa tubuh yang menggoda berhati-hatilah!. Jika tidak dikawal sikap ini boleh menjadi punca sebuah kecurangan. Memang tidak dapat dinafikan tarikan terhadap lawan jenis tetap ada walaupun sudah berkahwin tapi jangan sesekali melakukannya di luar batasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan