Isnin, 1 November 2010

PERKAHWINAN DAN PERSANDINGAN

Soalan:

Di mana ada kenduri kahwin di situ ada pelamin. Mohon penjelasan tentang hukum pengunaan pelamin semasa perkahwinan.


Jawapan:

Tidak dinafikan salah satu "kemestian" dalam perkahwinan masyarakat kita ialah majlis persandingan di atas pelamin. Malah ramai yang beranggapan tidak sempurna majlis perkahwinan tanpa majlis persandingan. Perlu dijelaskan bahawa budaya bersanding tiada dalam Islam, ia budaya ikutan daripada adat Melayu lama atau Hindu. Sebenarnya tidak ada cacat celanya kalau berkahwin tanpa bersanding. Ada juga yang buat pelamin di dalam bilik pengantin secara tertutup di hadapan ahli keluarga sahaja. Walaubagaimanapun, penggunaan pelamin adalah harus tetapi sewajarnya memenuhi syarat-syarat tertentu antaranya:-

a) Tidak membazir dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk.
b) Tidak memperlihatkan aurat dan perhiasan kepada bukan muhrim.
c) Tiada pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa kawalan.
d) Tiada unsur khurafat.

Berusahalah untuk menjaga syariat agama walaupun pada saat bergelar raja sehari untuk mengukir kenangan terindah sekali seumur hidup. Hidup bersyariat membawa keberkatan dalam alam rumah tangga. Walau apa jua yang bakal diperkatakan orang di sekeliling yang tidak memahami urusan agama, namun kita perlu tetap berpegang teguh dengan syariat yang lebih berhak diutamakan. 

 Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang telah bernikah, maka dia telah melengkapi separuh daripada agamanya dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi." (Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim).

Tiada ulasan: