Rabu, 24 November 2010

KHASIAT BUAT KRANBERI

Kranberi atau nama saintifiknya vaccinium macrocarpon bukan sahaja sedap dimakan tapi mempunyai khasiat  pemakanan mahu khasiat ubatannya yang tersendiri. Dikatakan bahawa pemgembara Eropah yang menjelajah Benua Amerika pada zaman dahulu boleh hidup dengan hanya berbekalkan buah kranberi kering dalam perjalanan mereka. Amalan ini menunjukkan bahawa mereka sedar akan khasiat dan kuasa penyembuhan yang terdapat pada buah kranberi.

Pokok kranberi adalah pokok renek yang tumbuh secara liar di dalam kawasan hutan. Daunnya berbentuk bujur dan berwarna hijau kuat pada bahagian atas daun manakala bahagian bawah daun berwarna hijau kekelabuan.
Apabila pokok ini berbunga pada pertengahan musim panas, ia mengeluarkan bunga berwarna merah jambu yang tumbuh secara berasingan atau dalam kumpulan pada putik berasingan. Buah kranberi berwarna merah tua boleh dipetik pada awal musim bunga. Buah ini berbentuk bulat manakala bahagian hujung buah berntuk bujur telur. Buahnya lebih besar daripada blackcurrent.

Buah kranberi besar adalah dari jenis Amerika, kaya dengan pektin dan amat sesuai dikeringkan sekali gus memastikan kehilangan khasiatnya pada tahap minimum. Perkara ini jugalah yang telah membuatkan kranberi menjadi buah yang amat berguna buat penjelajah dan pemgembara pada zaman dahulu. Buah kranberi diselaputi lapisan seperti lilin yang membantu buah ini tahan lebih lama serta memperlahankan proses kerosakannya.
Buah kranberi kaya sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astringen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. Buahnya juga rendah karbohidrat. Setengah cawan kranberi dikatakan hanya mempunyai empat gram karbohidrat dan dua gram serat di mana 1/3 daripada adalah serat larut. Buah kranberi juga adalah sumber kalsium, magnesium, kalium dan fosforus, serta vitamin A, vitamin B1 thiamin, vitamin B2 Riboflavin, dan vitamin B2 niasin kompleks.

CEGAH JANGKITAN SALURAN KENCING DAN BATU KARANG
Dikatakan antara khasiat ubatan kranberi adalah untuk mencegah dan melegakan gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Disebabkan oleh kebaikan inilah ramai wanita yang mengamalkan amalan meminum jus kranberi untuk merawat masalah jangkitan saluran kencing.

Malah terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam kranberi boleh mencegah bakteria seperti E-coli daripada melekat pada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan menyebabkan jangkitan. Buah kranberi juga amat baik dimakan oleh wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini menjadikan buah ini boleh dijadikan sebagai buah pilihan bagi mencegah jangkitan pundi kencing dan sistitis.
Kandungan asid quinik dalam kranberi dikatakan mampu mengurangkan kalsium berion sekali gus mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Ini bermakna jus kranberi amat bagus dalam mencegah masalah pembentukan batu karang. Meminum jus kranberi dalam jumlah yang kecil dalam masa beberapa kali seminggu dikatakan mampu melindungi diri daripada mengalami masalah sembelit dan juga diarea. namun begitu jangan meminum terlampau banyak kerana sepeti juga buah lain, pemgambilan berlebihan mampu membawa kepada masalah sakit perut.
 
RANGSANGAN KULIT LEBIH CERAH DAN MUDA
Buah kranberi juga mengandungi sejumlah bahan sebatian flavanoid dan polyphenolic. Flavonoid dikatakan berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan risiko atherosclerosis. Penyelidikan berterusan juga mencadangkan bahawa kranberi menawarkan pertahanan semula jadi menentang atherosclerosis. Pemgambilan buah kranberi dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Radikal bebas merosakkan kolagen dalam kulit kemudian menyebabkan kulit wajah berkedut, hilang kelenturan, kusam, serta menjadi kemera-merahan. Buah kranberi mengandungi nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen atau ORAC yang amat tinggi. Pengambilan kranberi dikatakan mampu merangsang kulit yang lebih cerah dan nampak lebih muda.
Bukan itu sahaja kebaikan buah kranberi, ia juga mampu mencegah bakteria daripada melekat pada gigi sekali gus menjadikan gigi berada dalam keadaan bersih dengan lebih lama. Buah kranberi dikatakan mempunyai  kuasa bagi memusnahkan bakteria berbau busuk yang terbina di dalam mulut dan membawa kepada nafas berbau.

Buah kranberi juga bagus untuk kanak-kanak kerana ia dikatakan mampu membantu menguatkan dan menyihatkan pembesaran otot dan tulang, menjaga kulit dan mengurangkan risiko jangkitan. Khasiat buah kranberi juga dikatakan dapat meminimumkan kesan kebanyakan penyakit berkaitan dengan kanak-kanak.


Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah kranberi, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Tiada ulasan: