Ahad, 14 November 2010

MANGGIS BANTU CEGAH PERTUMBUHAN SEL KANSER

Selama berkurun, masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara memakan buah manggis disebabkan rasanya yg sedap dan kerana mempercayai bahawa buah ini mampu merangsang kesihatan tubuh. Dikenali juga dengan nama botaninya Garcinia Mangostana, buah manggis telah digunakan untuk tujuan ubatan seawal 600 thn masihi.

Dipercayai bahawa manggis berasal dari Kepulauan Sunda dan Moluccas di Indonesia. Pokok manggis boleh mencapai ketinggian dari 7 hingga 25 kaki tinggi. Kulit buah manggis berwarna ungu kemerahan apabila masak. Rasa isinya yang lembut dan manis memang sedap dimakan pada bila-bila masa.

Terdapat byk khasiat dan kebaikan manggis terhadap kesihatan tubuh. Kandungan flavanoid dan flavon di dalam isi buahnya dikatakan mampu merangsang antioksidan lain termasuk vitamin C dan E. Ini sekali gus menguatkan sistem imun tubuh. Dari hasil suatu penyelidikan, buah asli Asia Tenggara, buah ini dikatakan dapat menghasilkan xanthone iaitu zat yang terbentuk dari hasil penyisihan kulit buah manggis. Xanthone mempunyai aktiviti antiinflamasi dan antioksidan.

Terdapat kira-kira 6 hingga 10 % xanthone daripada kira-kira 20 jenis yang berbza. Xanthone ini terdapat dalam bahagian berbeza pada keseluruhan manggis, tidak kiralah sama ada dalam isinya, pada bijinya atau kulitnya. Antara 10% xanthones, kira-kira 95% xanthones dijumpai dalam bahagian kulit dan biji.

Alpa-mangostin dan gamma-mangostin yg terdpt dlm xanthone dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik daripada ubat anti inflamasi lain.

Xanthone jenis ini juga dikatakan mampu menghindarkan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti Artritis dan Alzheime serta bermanfaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kandungan dengan alpa-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria.

Manggis juga mempunyai Cathechins Polifenol dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen antioksida semulajadi dan juga bahan anti bakteria dan anti kulat. Selain itu, buah manggis juga mengandungi zati besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.

Isi buah manggis selamat dimakan kerana ia tidak mengandungi sebarang pengawet mahupun gula yang telah ditambah. Hakikatnya, gula yang terdapat di dalam minuman jus manggis adalah jenis fruktosa iaitu gula semula jadi yang diperolehi dalam buah. Terdapat juga kandungan kalium (potassium)iaitu kira-kira 210 miligram per 100 gram.

BANTU STABIL SISTEM PENCERNAAN

Pengambilan kira-kira 30 ml jus manggis setiap hari dikatakan mampu membantu kesihatan tubuh. Sistem percernaan anda lebih stabil dan tubuh mampu mendapat penyerapan zat yang lebih baik. Jus manggis memberi tenaga pada sistem peredaran dan dikatakan mampu membantu menghapuskan kolesterol jahat pada tubuh dengan kandungan asid amino perlu.

Selain isi buah manggis yang banyak khasiat, bahagian lain juga boleh digunakan untuk tujuan ubatan. Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi astringen.

Masyarakat Cina menggunakan kulit pokok manggis bagi mengubat cirit-birit. Kulit buah manggis yang telah direbus dikatakan mampu dijadikan ubat sapu bagi melegakan masalah sistitis, gonorea dan gleet (discaj mucus bernanah daripada penis atau vagina akibat daripada gonorea kronik). Manakala kulit buah manggis yang telah direndam semalaman dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan masalah cirit-birit kronik.

Hirisan kulit manggis kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat disenteri (jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk diiringi darah dan pengeluaran mukus). Ramuan serbuk kulit manggis  yang telah dijadikan minyak pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat sapu masalah kulit seperti ekzema.

Daun dan kulit pokok manggis pula dikatakan boleh dijadikan sebagai ramuan bagi merawat masalah jangkitan seriawan, cirit-birit, disenteri dan masalah urinari. Air rebusan akar pokok manggis pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi mengatur haid. Ekstrak kulit yang dikenali sebagai 'amibiasine' pula dikatakan mampu dijadikan ubat bagi rawatan ameba disenteri.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat manggis, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Tiada ulasan: